
TERMA & SYARAT
Kejohanan Sepakan Penalti Terbuka
1. Kelayakan Penyertaan
1.1. Kejohanan ini terbuka kepada semua peserta tanpa mengira jantina dan umur, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh pihak penganjur.
1.2. Peserta hendaklah berada dalam keadaan sihat dan cergas. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan atau masalah kesihatan yang berlaku semasa kejohanan.
1.3. Peserta yang telah melengkapkan borang penyertaan dan bayaran sahaja dianggap sah menyertai kejohanan.
2. Format Pertandingan
2.1. Pertandingan akan bermula dari Pusingan 16 (Round of 16) dan dijalankan secara penyingkiran terus (knockout) sehingga perlawanan akhir.
2.2. Setiap peserta diberikan 5 sepakan penalti pada setiap pusingan.
2.3. Sekiranya seri selepas 5 sepakan, pemenang akan ditentukan melalui sudden death penalty shootout.
2.4. Pemain dilarang menukar giliran selepas senarai penendang ditetapkan.
3. Peraturan Perlawanan
3.1. Bola hendaklah diletakkan di titik penalti yang ditetapkan.
3.2. Hanya 1 langkah awal (run-up) maksimum 3 meter dibenarkan sebelum menyepak bola.
3.3. Penjaga gol mesti kekal di atas garisan gol sehingga bola disepak.
3.4. Semua keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.
3.5. Sebarang bantahan mestilah dikemukakan secara bertulis dalam tempoh 15 minit selepas perlawanan tamat bersama yuran bantahan sebanyak RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja).
4. Keselamatan & Etika
4.1. Peserta diwajibkan memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai.
4.2. Sebarang bentuk kekasaran, pergaduhan, penggunaan kata-kata kesat atau tidak menghormati pegawai pertandingan boleh menyebabkan penyingkiran serta-merta.
4.3. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta sekiranya didapati melanggar mana-mana peraturan.
5. Lain-Lain
5.1. Pihak penganjur berhak meminda masa, tempat, format, dan peraturan kejohanan tanpa sebarang notis awal sekiranya diperlukan.
5.2. Semua peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma & syarat ini setelah mendaftar untuk kejohanan.
Apa itu NET BANG?
NET BANG ialah kejohanan sepakan penalti untuk semua peringkat umur, yang bertujuan mencungkil bakat bola sepak dari kampung-kampung. Kami bergerak dari satu kampung ke kampung lain, menghidupkan padang tempatan sebagai lokasi acara yang meriah dan penuh semangat komuniti. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada pemain untuk menyerlah, tetapi juga menjadi sebab untuk seluruh kampung berkumpul dan meraikan bersama.
Apa yang menjadikan NET BANG lain?
NET BANG bukan sekadar satu kejohanan biasa. Ia adalah sebuah perjalanan. Daripada setiap enam acara di kampung, juara-juara akan dikumpulkan untuk bertanding di pusingan kemuncak: CHAMP of CHAMP Showdown.
Acara eksklusif ini menawarkan ganjaran premium dan gelaran paling berprestij, memberikan pemain semangat untuk terus bersaing dan kekal terlibat dalam setiap siri kejohanan.



